Friday, January 6, 2012

Puisi best!! :)

Bersihkan Jiwamu Dahulu.
Pasti Tuhan Akan Membantu!


Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah.
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat."


Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak
menerima nikmat itu.


Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.


Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha.
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu


Apabila disusahkan orang,
terus teringat akan dosanya,
"Kerana dosa akulah, aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan.


Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
orang diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu
hampir dengannya,
bila-bila waktu sahaja akan menjemput.


Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus
dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya.


Kakinya di dunia, namun hatinya
sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat ... 
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya.


Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.


                                    kredit utk Miss Qiqie


[petikan dari novel Stanza Cinta (Nurull Halawati)]

No comments:

Post a Comment