Saturday, February 4, 2012

Muhammad s.a.w.






طلع البدر علينا

ṭala‘a 'l-badru ‘alaynā
Oh the white moon rose over us

من ثنيات الوداع

min thaniyyāti 'l-wadā‘
From the valley of al-Wadā‘

وجب الشكر علينا

wajaba 'l-shukru ‘alaynā
And we owe it to show gratefulness

ما دعى لله داع

mā da‘ā li-l-lāhi dā‘
Where the call is to Allah.

أيها المبعوث فينا

’ayyuha 'l-mab‘ūthu fīnā
Oh you who were raised among us


جئت بالأمر المطاع

ji’ta bi-l-’amri 'l-muṭā‘
Coming with a word to be obeyed


جئت شرفت المدينة

ji’ta sharrafta 'l-madīnah
You have brought to this city nobleness


مرحبا يا خير داع

marḥaban yā khayra dā‘
Welcome best caller to God's way

-I LOVE MUHAMMAD SAW-

Thursday, February 2, 2012

Si SombongdanPelupa

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sunnatullah, fitrah dan lumrahnya, manusia diciptakan oleh Allah mempunyai sifat sombong dan pelupa (termasuk juga diri saya ni, lagi la dahsyat!). Kalau kita baca, 'recite' dan taddabur al-Quran, dapat kita perhatikan segala isi, mesej,peringatan,suruhan dan larangan dari firman Allah s.w.t., semuanya berulang-ulang. Kenapa? Kerana manusia itu sememangnya mempunyai sifat sombong tak sedar diri dan pelupa yang amat sangat. Dan Allah Yang Pemurah, Yang Penyayang lagi Maha Mengetahui sangat menjaga hamba-hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Oleh itu, al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w, ketika saat itu kaum Quraisy (dan juga umat manusia yang lainnya) jauh menyimpang dari pegangan Ibrahim a.s. yang lurus, ketika mereka sombong menafikan bahawa hanya Allah Tuhan Yang Esa yang wajib disembah , dan ketika mereka lupa tujuan asal penciptaan mereka, Allah s.w.t. mengingatkan mereka kembali. 

Solat fardhu lima waktu sehari merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib semua umat Islam patuhi. Apabila azan berkumandang, memanggil dan mengingatkan kita untuk segera menghadap Allah Yang Esa, segeralah sahut seruan itu! "Solat itu lebih baik dari tidur"! Bersihkanlah diri kita sebersih-bersihnya, luaran dan dalaman, dengan sedaya-upaya mengambil wudu' secara sempurnanya, sebelum pergi menghadap Allah Yang Maha Esa. Tujuan mengambil wudu' bukan la semata-mata untuk kita membersihkan fizikal kita sahaja, bahkan lebih dari itu. Kerana, secara logiknya, kalau kita fikir mengambil wudu' itu cuma nak bersihkan kotoran luaran sahaja, cuba fikir kembali. Apabila ketiadaan air untuk mengambil wudu', tayammum menjadi gantinya. Tetapi, tayammum itu guna debu kan? Macam mana nak hilangkan kotoran luaran pada anggota kita guna debu? Pernah terfikir tak nak basuh baju guna debu? Macam bertambah berdebu dan bercapuk adalah kan? Ada apa dengan wudu' itu sebenarnya? Aspek yang paling penting dalam wudu' itu adalah sebenarnya untuk kita mencuci spritual kita sebersih-bersihnya sebelum hendak pergi berjumpa dengan Allah. Itu yang paling penting. Kita perlu 'aware' ketika mengambil wudu', jangan lupa untuk membersihkan hati dan spritual kita juga. Buang semua perasaan marah, sakit hati, etc. Ingat bahawa kita ni nak pergi menghadap Pencipta kita, takkan nak bawa hati yang selekeh dan busuk pergi berjumpa dengan Allah..kan?

Dalam solat juga, kita, umat Islam mengulang-ulang mengucap dua kalimah syahadah. "aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Dengan kesaksian ini, muslim lah seseorang itu. Apabila seseorang itu melafazkan syahadah dengan ikhlas, seikhlas-ikhlasnya, bermakna, dia telah akur menyerahkan keseluruhan dirinya hanya pada Allah s.w.t., dan dia menolak untuk mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Melafazkan syahadah juga merupakan peringatan kepada pelafaznya, bahawa berdosa besar seseorang itu untuk taat kepada selain dari Allah s.w.t., dan dosanya tidak akan diampun.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar." [An-Nisa' : 48]  

Dengan menyatakan persaksian kita bahawa nabi Muhammad s.a.w. itu Rasul Allah, kita telah mengaku bahawa Muhammad itu sememangnya pesuruh Allah, merupakan rasul yang terakhir diutuskan kepada umat manusia oleh Allah s.w.t., yang dimana baginda Rasulullah s.a.w. merupakan model terbaik untuk dijadikan ikutan oleh umat Islam. 

Dan kenapa kita mengucapkan kalimah syahadah ini dalam solat fardu lima waktu sehari? Kerana kita sering lupa akan hakikat yang sebenarnya. Apabila kita solat, disaat kita mengangkat tangan sambil melafazkan "Allahu Akbar" [Allah Maha Besar], tinggalkan lah kehidupan dunia, segera lah menyerahkan segala tumpuan dan diri kita hanya pada Allah s.w.t. Disaat kita menyebut kalimah syahadah, ingat dan sedarlah kita telah mengakui KeEsaan Allah dan nabi Muhammad s.a.w., Rasul Allah yang perlu kita ikuti langkahnya. Disaat kita sujud, ingat dan sedarlah, kita tidak berhak untuk mempunyai sekelumit pun perasaan sombong pada Allah Tuhan Yang Telah Menciptakan kita, kita tidak berhak pun untuk pandang rendah pada orang lain dan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Ingat dan sedarlah kembali, kita ini tidak memiliki apapun di dunia ni dan kita ni siapa lah sangat untuk tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang dicucuri rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ingat dan sedarlah, bahawa kita sangat-sangat memerlukan Allah s.w.t., dan Allah s.w.t. tidak pernah memerlukan kita.

"Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar : 53]

-peringatandarikelasmenulis-