Thursday, October 4, 2012

:D

"Dakwah tidak menghargai pangkat kebesaran dan kekayaan, tetapi menghargai siapa sahaja yang ingin menerimanya". [Fi Zilalil Quran]

Monday, April 30, 2012



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Jagalah Allah (dengan sentiasa ingat kepada-Nya), pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapanmu. Kenalilah akan Allah di waktu lapang, pasti Allah akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang (ditaqdirkan) luput darimu, pasti tidak akan menimpamu, dan apa yang (ditaqdirkan) menimpamu, pasti tidak akan luput darimu. Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan". [HR At Tirmizi]

Monday, April 9, 2012

Bersabar!




"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung." 

[Ali-Imran : 200]

Friday, April 6, 2012

Assalamu alayka :)





My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah
(May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah)

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn't stop my tears from falling
In your presence O Muhammad!

O Taiba (Medina), your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I've left my heart with my Beloved
Sending blessings on Muhammad


Saturday, February 4, 2012

Muhammad s.a.w.






طلع البدر علينا

ṭala‘a 'l-badru ‘alaynā
Oh the white moon rose over us

من ثنيات الوداع

min thaniyyāti 'l-wadā‘
From the valley of al-Wadā‘

وجب الشكر علينا

wajaba 'l-shukru ‘alaynā
And we owe it to show gratefulness

ما دعى لله داع

mā da‘ā li-l-lāhi dā‘
Where the call is to Allah.

أيها المبعوث فينا

’ayyuha 'l-mab‘ūthu fīnā
Oh you who were raised among us


جئت بالأمر المطاع

ji’ta bi-l-’amri 'l-muṭā‘
Coming with a word to be obeyed


جئت شرفت المدينة

ji’ta sharrafta 'l-madīnah
You have brought to this city nobleness


مرحبا يا خير داع

marḥaban yā khayra dā‘
Welcome best caller to God's way

-I LOVE MUHAMMAD SAW-

Thursday, February 2, 2012

Si SombongdanPelupa

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sunnatullah, fitrah dan lumrahnya, manusia diciptakan oleh Allah mempunyai sifat sombong dan pelupa (termasuk juga diri saya ni, lagi la dahsyat!). Kalau kita baca, 'recite' dan taddabur al-Quran, dapat kita perhatikan segala isi, mesej,peringatan,suruhan dan larangan dari firman Allah s.w.t., semuanya berulang-ulang. Kenapa? Kerana manusia itu sememangnya mempunyai sifat sombong tak sedar diri dan pelupa yang amat sangat. Dan Allah Yang Pemurah, Yang Penyayang lagi Maha Mengetahui sangat menjaga hamba-hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Oleh itu, al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w, ketika saat itu kaum Quraisy (dan juga umat manusia yang lainnya) jauh menyimpang dari pegangan Ibrahim a.s. yang lurus, ketika mereka sombong menafikan bahawa hanya Allah Tuhan Yang Esa yang wajib disembah , dan ketika mereka lupa tujuan asal penciptaan mereka, Allah s.w.t. mengingatkan mereka kembali. 

Solat fardhu lima waktu sehari merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib semua umat Islam patuhi. Apabila azan berkumandang, memanggil dan mengingatkan kita untuk segera menghadap Allah Yang Esa, segeralah sahut seruan itu! "Solat itu lebih baik dari tidur"! Bersihkanlah diri kita sebersih-bersihnya, luaran dan dalaman, dengan sedaya-upaya mengambil wudu' secara sempurnanya, sebelum pergi menghadap Allah Yang Maha Esa. Tujuan mengambil wudu' bukan la semata-mata untuk kita membersihkan fizikal kita sahaja, bahkan lebih dari itu. Kerana, secara logiknya, kalau kita fikir mengambil wudu' itu cuma nak bersihkan kotoran luaran sahaja, cuba fikir kembali. Apabila ketiadaan air untuk mengambil wudu', tayammum menjadi gantinya. Tetapi, tayammum itu guna debu kan? Macam mana nak hilangkan kotoran luaran pada anggota kita guna debu? Pernah terfikir tak nak basuh baju guna debu? Macam bertambah berdebu dan bercapuk adalah kan? Ada apa dengan wudu' itu sebenarnya? Aspek yang paling penting dalam wudu' itu adalah sebenarnya untuk kita mencuci spritual kita sebersih-bersihnya sebelum hendak pergi berjumpa dengan Allah. Itu yang paling penting. Kita perlu 'aware' ketika mengambil wudu', jangan lupa untuk membersihkan hati dan spritual kita juga. Buang semua perasaan marah, sakit hati, etc. Ingat bahawa kita ni nak pergi menghadap Pencipta kita, takkan nak bawa hati yang selekeh dan busuk pergi berjumpa dengan Allah..kan?

Dalam solat juga, kita, umat Islam mengulang-ulang mengucap dua kalimah syahadah. "aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Dengan kesaksian ini, muslim lah seseorang itu. Apabila seseorang itu melafazkan syahadah dengan ikhlas, seikhlas-ikhlasnya, bermakna, dia telah akur menyerahkan keseluruhan dirinya hanya pada Allah s.w.t., dan dia menolak untuk mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Melafazkan syahadah juga merupakan peringatan kepada pelafaznya, bahawa berdosa besar seseorang itu untuk taat kepada selain dari Allah s.w.t., dan dosanya tidak akan diampun.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar." [An-Nisa' : 48]  

Dengan menyatakan persaksian kita bahawa nabi Muhammad s.a.w. itu Rasul Allah, kita telah mengaku bahawa Muhammad itu sememangnya pesuruh Allah, merupakan rasul yang terakhir diutuskan kepada umat manusia oleh Allah s.w.t., yang dimana baginda Rasulullah s.a.w. merupakan model terbaik untuk dijadikan ikutan oleh umat Islam. 

Dan kenapa kita mengucapkan kalimah syahadah ini dalam solat fardu lima waktu sehari? Kerana kita sering lupa akan hakikat yang sebenarnya. Apabila kita solat, disaat kita mengangkat tangan sambil melafazkan "Allahu Akbar" [Allah Maha Besar], tinggalkan lah kehidupan dunia, segera lah menyerahkan segala tumpuan dan diri kita hanya pada Allah s.w.t. Disaat kita menyebut kalimah syahadah, ingat dan sedarlah kita telah mengakui KeEsaan Allah dan nabi Muhammad s.a.w., Rasul Allah yang perlu kita ikuti langkahnya. Disaat kita sujud, ingat dan sedarlah, kita tidak berhak untuk mempunyai sekelumit pun perasaan sombong pada Allah Tuhan Yang Telah Menciptakan kita, kita tidak berhak pun untuk pandang rendah pada orang lain dan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Ingat dan sedarlah kembali, kita ini tidak memiliki apapun di dunia ni dan kita ni siapa lah sangat untuk tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang dicucuri rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ingat dan sedarlah, bahawa kita sangat-sangat memerlukan Allah s.w.t., dan Allah s.w.t. tidak pernah memerlukan kita.

"Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar : 53]

-peringatandarikelasmenulis-

Thursday, January 26, 2012

DenganMu Aku Hidup :)





DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMu
hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang Mengampuni
Engkau yang Memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul Malikul Kuddusussalam
Allahul Mukmin Allahul Muhaymin
Allahul Azzizul Jabbarrul Muttaqabbir

Monday, January 16, 2012

Peringatan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

[At-Tahrim : 6]




Saturday, January 14, 2012

Jalan Sehala








Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]


membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih


aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala


aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam hati
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

-saujana-

Monday, January 9, 2012

matlamat kamu apa?

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Boleh saya bertanya beberapa soalan kat kamu? Boleh :) ? Mesti bolehkan?! ;)
Apa cita-cita kamu ye? Nak jadi pensyarah? Oh..nak jadi (isi la apa yang kamu teringin nak jadi) rupanya.. Kamu tanya cita-cita saya apa? Hmmm..adalah! Tapi kalau tanya matlamat saya, saya boleh kasi tau yang tue. Untuk masa terdekat ni, dengan izin Allah, saya harap saya dapat graduate pada waktu yang telah ditetapkan oleh penaja (insyaAllah, Spring 2013. doakan saya & kawan2 ye!). Apa matlamat kamu pula ye? Apa pun matlamat kamu, saya doakan kamu berjaya mengecapinya, asal kan tak melanggar syariat Allah, insyaAllah.. :)

Bercerita pasal matlamat dan cita-cita ni, teringat pula saya pada Sayyid Qutb. (hmmm..sape die nie? kalau tak tau kamu boleh tanya kawan2 or paling cepat, silalah menggunakan khidmat en. google). Kamu nak dengar sedikit tak apa pandangan beliau mengenai matlamat hidup manusia? (kalau tak nak, nakkan juga la ye!).

"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur'an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk  dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"

[Sayyid Qutb]

Hmmm..adakah cita-cita dan matlamat kita tadi amat kecil dan kerdil seperti yang dinyatakan oleh Sayyid Qutb? Takkan la (apa cita-cita kita tadi) adalah impian yang sia-sia? Adakah apa yang selama ni yang telah diperoleh dan diperbuat oleh Albert Einstein (atau mana2 saintis terkemuka) adalah kecil? Matlamat hidup manusia; sepatutnya apa? Kamu tau? Kalau tak tau, jom sama-sama kita fikir dan ingat kembali! Kalau blur, apa kata kita lihat apa yang Allah telah beritahu kita semua kat dalam Al-Quran..jom!!

Matlamat hidup manusia yang dinyatakan di dalam A-Quran ada empat.

1. Matlamat : Seronok

"Sungguh Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (dunia), dan mereka makan seperti haiwan makan; dan (kelak) nerakalah tempat tinggal bagi mereka." [47:12]

Setuju tak kalau saya katakan kat luar sana, ada orang hidupnya semata-mata hanya untuk menikmati dunia dan makan sahaja? Atau bahasa mudahnya, dia suka dengan dunia. Kerja die ENJOY, MAKAN, TIDUR, enjoy, makan, tidur (dan kitaran ini berterusan sampai la malaikat maut datang menjemput die ke alam lain).
Dan apakah kesudahan mereka bahagia? Kamu tahu jawapannya bukan? Kalau blur lagi, sila baca, paham dan taddabur ayat [47:12] tadi.

2. Matlamat : Hias

 "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik." [3:14]

Manusia yang dinyatakan dalam ayat ni, adalah manusia yang rasa tak puas, tak cukup dan ingin lebih lagi daripada manusia yang dinyatakan dalam [47:12]. Umpamanya, kalau orang 1 (matlamat : seronok) sudah berasa cukup nikmat dengan hanya minum air tak kesah guna bekas apa (cth gelas biasa), tetapi orang 2 (matlamat : hias) nak minum air di dalam bekas yang lebih indah dari itu (cth gelas emas bertatahkan berlian termahal di dunia). Mereka adalah manusia yang menghabiskan riwayat hidup mereka di dunia ini untuk mengejar impian mereka yang kononnya impian yang terindah yang perlu, mesti dan wajib dikecapi walau bagaimana caranya pun. Walaupun mereka dah mempunyai perkara yang mereka sukai, mereka ingin lebih lagi. Sungguh rakus!

3. Matlamat : Merosakkan

"Dan di antara manusia ada yang pembicaraannya tentang kehidupan dunia mengagumkan engkau (Muhammad), dan dia bersaksi kepada Allah mengenai isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerosakan di bumi, serta merosak tanam-tanaman dan ternak, sedang Allah tidak menyukai kerosakan." [2:204-205]

Manusia seperti ni pula, kata-katanya amat menarik hati dan kalau kita dengar ucapannya, besar kemungkinan kita akan takjub dan kagum dengan mereka. Walaubagaimanapun, manusia seperti ini, kata-katanya tak serupa bikin; mereka sebenarnya sangat suka melakukan bencana dan merosakkan dunia. Saya pasti hampir semua orang pernah dengar/lihat orang sebegini. (Hint nya, rumah dia berwarna putih). Jika kita lihat keadaan sekarang pun, kerosakan itu ada di mana2 saja. Perang yang tak berkesudahan, rakyat yang tertindas, dan banyak lagi.

4. Matlamat : ibadah & khalifah

"Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." [22:77-78]

Ayat [22:77-78] dengan nyatanya telah menerangkan apa sepatutnya matllamat SEBENAR hidup manusia. "Rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu..." jelas menerangkan bahawa tujuan kita manusia diciptakan sememangnya untuk BERIBADAH mengabdikan diri pada Allah Tuhan sekalian alam. Tidak cukup dengan hanya berbuat kebaikan, kita juga mempunyai tugas besar yang telah diamanahkan, iaitu untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi ini.Sebagaimana Rasulullah telah menyampaikan, menyebarkan,dan menyeru umat manusia kepada ISLAM, sehingga sinar ISLAM itu sampai kepada kita, seperti itulah juga tanggungjawab kita pada umat manusia kini. Kita perlu menyeru mereka untuk kembali kepada ALLAH. Allah tidak menjadikan manusia untuk baik sorg2 je, Dia mahu kita mempunyai hubungan sesama manusia juga. Oleh itu, telah jelas apa sepatutnya matlamat yang saya, kamu dan manusia seWAJIBnya ada, untuk berIBADAH dan menjadi KHALIFAH.

Mari kita sama-sama muhasabah diri, betulkan, refresh kan niat, matlamat dan cita-cita kita. Adakah betul matlamat dan cita-cita saya selama ini? Kamu pula bagaimana? Tidak mahukah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman yang berjaya mengecapi nikmat SYURGA FIRDAUS?

Wassalam.



-hantukankuatuntukdirikuyangselalulekalupadanlalaiinikhususnya-

Sunday, January 8, 2012




"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sayangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan." 
[Ibnu Abbas]


Friday, January 6, 2012

ALLAH MAHA PENYAYANG :)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Jika Allah sayang kepada seseorang, Dia akan berikan iman. Jika Allah sayang lagi, Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan  agama-Nya dengan sempurna. Dan jika Allah sayang lagi, Dia akan susahkan  hamba-Nya dengan urusan dunianya, untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepada-Nya." [quoted]          

Ayuh kita bercinta dengan ALLAH! :) Sesungguhnya hanya cinta pada Allah yang akan kekal abadi..





Jika  engkau mencintai bunga
sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika engkau cintakan manusia
sedarlah suatu hari dia kan pergi
Jika engkau mencintai harta
harta itu nanti engkau akan tinggalkan
Jika engkau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
 
-inteam-

Puisi best!! :)

Bersihkan Jiwamu Dahulu.
Pasti Tuhan Akan Membantu!


Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah.
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat."


Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak
menerima nikmat itu.


Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.


Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha.
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu


Apabila disusahkan orang,
terus teringat akan dosanya,
"Kerana dosa akulah, aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan.


Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
orang diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu
hampir dengannya,
bila-bila waktu sahaja akan menjemput.


Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus
dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya.


Kakinya di dunia, namun hatinya
sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat ... 
dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya.


Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.


                                    kredit utk Miss Qiqie


[petikan dari novel Stanza Cinta (Nurull Halawati)]

Monday, January 2, 2012

Rapuh





meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
diriMu yang bertakhta

-opick-

Sunday, January 1, 2012

Tamparan hebat!! T T

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak 

matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar 

bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain 

dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang 

yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah 

para mujahidin."  

[Imam Hassan Al Banna]


Debush!! Tergolek-golek diri ni, bagai kena panah petir hati ni, rase macam nak hantuk kepala banyak kali sekuat hati kat dinding!!! T T Sungguh menusuk kalbu.

Bait kata-kata dari Imam Hassan Al-Banna ni betul-betul tepat kena batang hidung sendiri. OMG! "Apa aku dah buat selama ni!!!" (monolog dalaman saya menjerit!) Saya tak nak jadi orang yang tertinggal! TAK NAK!! Saya nak ikut serta rombongan itu, rombongan para mujahidin, rombongan menuju syurga.. insyaAllah..

Tapi kan..bukan senang nak join rombongan ni. Dengan banyak lagi sisa-sisa karat jahilliyah dalam diri ni, mampu ke aku nak berjalan seiring dengan para muhajidin yang sungguh hebat itu. Kau tau jawapannya bukan?!

Astaghfirullah..Ya Allah, hamba-Mu yang hina dina ni, mengharap moga Kau berikan ku kekuatan,semangat dan istaqamah yang berterusan untuk mengikis  karat-karat jahilliyah dalam diri ni. Kau kurniakanlah padaku Ya Allah, taufiq dan hidayah-Mu. Sesungguhnya Kau memperkenankan doa-doa hamba-Mu..

-tamparanbertubitubi-