Saturday, December 31, 2011

Imbas kembali : Niagara Falls :D

Oleh kerana semua orang 'hilang' entah kemana, ktorg pon...
bergerak menuju...!
oh! pelangi!! :))
SUBHANALLAH!! cantikkan ciptaan ALLAH yang satu ni?! :)) rindupulaknaknikmatipemandanganniagarafalls

Friday, December 30, 2011

oh Manusia!

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Peringatan buat diriku. Baca, fahami lah dengan mata hati, ayuh segera laksanakan tugas mu..

" Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,

sehingga Allah akan mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, orang-orang musyrik, laki-laki dan perempuan; dan Allah akan menerima tobat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." 
[Al-Ahzab: ayat 72-73]
  
Sedarkah wahai diriku, wahai manusia, kita sebenarnya sedang memikul amanat yang ditawarkan oleh Allah s.w.t.?? Sedarkah?! 

Oh diriku, oh manusia! Nak jadi ke manusia yang sangat zalim dan sangat bodoh?? Saya tak nak. Korg pon mesti tak nak kan? (ke ade yang nak?) hmm, siapa ye manusia yang sangat ZALIM & BODOH itu? Mereka  itu adalah manusia yang mahu menerima tugas, tapi tak melaksanakanya. Semoga kita bukan tergolong dalam manusia yang ZALIM & BODOH itu..insyaAllah..

Apa ye tugasnya? Jom kita ingat balik kenapa Allah s.w.t. cipta kita dan apa kerja kita sebenarnya.

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
[Az-Zariyat : ayat 56]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ..."
[Al-Baqarah : ayat 30]

Ingat dah? Menjadi seorang abid dan khalifah. Itulah kerja kita sebenarnya. Bunyi macam scary dan berat kan? Tapi itulah tugas yang kita kata kita sanggup memikulnya.

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), " Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, " Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, " Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,"
[Al-A'raf : ayat 172]

Dah ingat kan? Jadinya, jom kita laksanakan kerja & tanggungjawab kita ini. hmmm...tapi macam mana nak start ye? Berat sangat tugas ni. Kalau tak buat, masuk neraka lah jawabnya. Saya tak nak. Korg pun mesti tak nak kan? Walaupun saya rasa tak layak, jom la kita sama-sama berusaha untuk menuju syurga Allah, yang nikmatnya SUPER wow, tak tergambar betapa indahnya..dan mari kita sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah..insyaAllah.

Ok. berbalik pada persoalan tadi, macam mana kita nak start tugas kita ni? Ada idea tak? Kalau buntu, Allah s.w.t. dah siap bagi jawapan kat kita. Subhanallah, baik kan Allah? Sangat memahami hamba ciptaan-Nya yang tak berdaya tanpa-Nya.

" Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
[Al-Hajj : ayat 46]

" Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul)."
[Ali-Imran : ayat 137]

Jadinya, kita boleh mulakan dengan belajar dari sejarah. Fahami sirah. Jatuh & bangun ISLAM. Ambil iktibar. Jangan ulangi kesalahan yang sama. Ayuh, kita sama-sama melaksanakan tugas kita, menggunakan segala kebolehan yang Allah telah beri pada kita. Semoga kita tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang menegakkan islam, kerana Allah dan rasul-Nya...insyaAllah..

-peringatankhususbuatdiriku-