Tuesday, June 4, 2013

Hamba

Salah satu sebab kenapa kita Allah ciptakan adalah untuk menjadi hamba Allah. Tak percaya? Nah buktinya.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."

Kita berjiwa hamba. Kalau kita tak jadi hamba Allah, kita akan jadi hamba pada perkara/benda lain.

-peringatan khusus untuk diri sendiri-


Friday, May 17, 2013

Apa reaksi saya?

Pernah tak kita terfikir, terasa, terlintas, etc, kenapa macam-macam perkara-perkara buruk berlaku dalam diri kita; lepas satu,satu badai mendatang. Kita tahu ujian pelbagai bentuk itu memang pasti datang dari Allah, dan setiap musibah dan perkara yang berlaku ada hikmahnya; dan bersabar sahajalah yang perlu kita buat. TETAPI, kadang-kadang kita lupa. Maklumlah, manusia itu antara sifatnya adalah pelupa, sebab tu dinamakan insan. Pernah tak rasa atau terlintas, tak tahan sungguh dengan ujian yang melanda diri, rasa, diri kita la paling sedih/teraniaya/rasa berat/etc. Tapi ketahuilah, Allah membebankan, memberi ujian kepada kita sesuai dengan kemampuan kita. Andai rasa tak larat, tak mampu, penat untuk bersabar untuk mengharungi ujian yang Allah berikan pada kita, ingatlah kita pada ayat ini:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir,"." [2:286]

Mungkin kita pernah bertanya, bagaimana nak menghadapi ujian-ujian yang mendatang dariNya. Rasulullah s.a.w. jawab simple je, tapi menusuk dihati. Apa yang nabi s.a.w. kata? Haaa, ini dia (mesti pernah dengarkan);

"Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya." [Muslim]

Haaa. Amacam? Jawapannya mudah bukan? Kita kena jadi orang mukmin itu sendiri. Barulah kita dapat rasa dan menikmati segala bentuk ujian yang susah dan senang yang Allah telah berikan khusus buat diri kita. Ketahuilah, yang Allah ingin lihat, bukan bagaimana kita menyelesaikan ujian itu, tetapi bagaimana penerimaan kita terhadap ujian yang Allah berikan pada kita. Adakah reaksi kita bersabar dan bersyukur? Jika kita terasa ujian yang kita sedang hadapi itu sangat berat, ingatlah bahawa orang lain punya masalah lagi berat. Allah dah berikan contoh yang terbaik dalam Al-Quran. Bacalah, renungilah, fahamilah, dan amalkanlah segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran (peringatan khusus buat diri sendiri). Pernah baca Surah Yusuf? Dalam surah itu, Allah dah berikan contoh yang terbaik bagaimana bersabar dan tidak berputus asanya seorang hamba Allah yang amat yakin dengan segala aturanNya.

Jika kita lihat kisah nabi Yusuf, ketahuilah, banyak dan berat dugaan yang nabi Yusuf hadapi. Mari kita bayangkan dan cuba pahami perjalanan hidup nabi Yusuf. Bermula dengan saudara-saudaranya sendiri berkomplot untuk membunuhnya, tapi akhirnya mereka memilih untuk campakkan nabi Yusuf ke dalam perigi, perigi buta pulak tu. Paling tidak kalau dicampakkan ke dalam perigi yang masih ada air, at least ada la sesuatu untuk di minum, tapi perigi buta, apa saja yang ada? Nak panjat keluar pun susah. Dengan izin dan rencanaNya, nabi Yusuf keluar juga dari perigi itu apabila baginda diangkut keluar dari perigi itu oleh sekelompok musafir yang sedang mencari air, tapi kita ingat dah selamat dah; rupanya kena jual pulak kat pasar dengan kelompok musafir tadi. Tapi sekali lagi, ada hikmahnya di sebalik itu.

Dengan rencanaNya, nabi Yusuf dibeli oleh Al-Aziz (kalau ikut zaman kita umpama menteri yang punya pangkat besar) dan nabi Yusuuf dibawa untuk tinggal di istana dan dilayan seperti anak sendiri. Nampak tak betapa indahnya rencana Allah? Dari perigi ke istana? Okay, kita sambung lagi. Ujian nabi Yusuf bukan sampai disitu je tau. Apabila nabi Yusuf sudah meningkat dewasa, seperti yang semua maklum, nabi Yusuf mempunyai wajah sangat indah!.Hingga mak angkatnya sendiri tergoda dengan dia. Allah ceritakan betapa dahsyatnya mak angkat nabi Yusuf menggoda nabi Yusuf; dia kunci semua tingkap dan pintu dan dah bersedia untuk nabi Yusuf untuk buat apa-apa. Tapi nabi Yusuf lari dari mak angkatnya, sehingga nabi Yusuf terserempak dengan ayah angkatnya. Tapi sekali lagi, betapa indahnya rencana Allah, Allah selamatkan nabi Yusuf dari difitnah oleh mak angkatnya, dengan bukti baju nabi Yusuf terkoyak di bahagian belakang.

Selepas dari itu, banyaklah gosip-gosip hangat berlegar-legar dikalangan makcik-makcik tentang mak angkat nabi Yusuf (a.k.a. datin di zaman kita). Untuk membenarkan apa yang dia lakukan pada nabi Yusuf, datin yang seorang ni panggil semua wanita-wanita untuk hadir di majlis makan-makan; dia kasi buah dan pisau, lepas tu suruh nabi Yusuf keluar tunjukkan diri baginda. Reaksi semua orang lebih kurang begini, "Wah, kacaknya!", "Ni bukan orang, ni malaikat ni", etc. Terpotong jari para hadirin yang datang kerana sungguh terpesona dengan nabi Yusuf. Start dari tu, ramai-ramai diorang cuba menggoda nabi Yusuf dan membenarkan apa yang datin tadi buat.Sehingga nabi Yusuf sanggup masuk penjara, walaupun baginda tak buat salah, kerana nak menghindari fitnah yang super hebat.

Bukan sekejap nabi Yusuf masuk penjara, kerana inmate dia terlupa untuk menceritakan perihal nabi Yusuf pada raja. Tapi, sekali lagi, betapa Allah dah susun cantik perjalanan hidup nabi Yusuf, keluar penjara, nabi Yusuf menjadi menteri kewangan, dan akhirnya berjumpa kembali dengan ibubapa dan keluarga baginda, dan hidup bersama di istana. Indah bukan rencanaNya? Jika kita lihat kisah nabi Yusuf, dari perigi buta ke pasar, kemudian dibawa ke istana, lepas itu hidup dalam penjara, dan akhiranya nabi Yusuf dapat tinggal bersama dengan keluarganya di istana, sungguh kita tak sangka-sangka bukan? Yakinlah, setiap ujian susah dan senang yang Allah berikan pada kita, ada hikmahnya. Yakinlah dengan rencana dan susunanNya. :)

p/s: jzkk U.M di atas peringatan.

Wednesday, May 15, 2013

Peringatan ringkas untuk saya.

Bunyi nye lebih kurang cmnie;

"Grad, grad juga. Tak bermakna kita grad dari USRAH"

"Untuk amalan diterima, ada dua syaratnya, pertama hendaklah mengikut SUNNAH Rasulullah, keduanya, jangan mensyirikkan Allah a.k.a. IKHLAS. Untuk tahu sunnah Rasulullah, itulah sebab kita kena join usrah. Ikhlas rahsia antara kita dan Allah & hanya Allah sahaja yang tahu kita ikhlas ke tak" [U.M]

p/s: kalau salah taip dimana-mana, sila betulkan ya, memory saya sgt lemah. XD

Thursday, October 4, 2012

:D

"Dakwah tidak menghargai pangkat kebesaran dan kekayaan, tetapi menghargai siapa sahaja yang ingin menerimanya". [Fi Zilalil Quran]

Monday, April 30, 2012



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Jagalah Allah (dengan sentiasa ingat kepada-Nya), pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapanmu. Kenalilah akan Allah di waktu lapang, pasti Allah akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang (ditaqdirkan) luput darimu, pasti tidak akan menimpamu, dan apa yang (ditaqdirkan) menimpamu, pasti tidak akan luput darimu. Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan". [HR At Tirmizi]

Monday, April 9, 2012

Bersabar!




"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung." 

[Ali-Imran : 200]